Iftar bersama warga Kg. Luak
12 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Julai 2015, bersamaan 24 Ramadhan yang lalu, Pusat Internet Kg. Luak mengadakan program Iftar bersama warga Kg. Luak (pengagihan bubur pedas) yang bertempat di perkarangan Masjid Darul Istiqamah Kg. Luak. Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada warga Kg. Luak seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung PI Kg. Luak. Selain itu, pelaksanaan program ini dapat mengeratkan silaturrahim, juga dapat berkenalan dengan staf PI dari PI yang baru dibuka. Program ini juga berjalan lancarnya dengan bantuan dua orang sukarelawan PI. Diharapkan dengan adanya program seumpama ini, staf akan dapat sedikit sebanyak input dan idea untuk menjadikan program ini lebih kreatif dan produktif pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: