Kisah Kejayaan
USAHAWAN BERJAYA DENGAN BIMBINGAN IT DARI PI
Puan Julia pada mulanya berniaga secara kecil-kecilan dan 100% menggunakan telefon dan mesej untuk memulakan perniagaan.
Dengan adanya PI, Puan Julia mengikuti beberapa bengkel dan program ICT, beliau kini yakin untuk menjalankan perniagaan menerusi talian menggunakan komputer riba yang dilengkapi dengan akaun internet di rumah bagi memudahkan beliau melaksanakan urus niaga dari rumah. Aplikasi elektronik tersebut banyak membantu beliau memudahkan urusan seharian, di samping menjimatkan kos, masa dan tenaga.
Dahulunya perniagaan hanya terhad kepada penduduk yang berada di Miri sahaja, kini Puan Julia telah mendapat tempahan jamunya daripada penduduk seluruh Sarawak juga Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga mewujudkan laman sesawang untuk produknya dengan bantuan staf PI.