Latihan Keusahawanan (Pengenalan kepada Asas Keusahawanan)
31 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 30 Januari yang lalu, PI Kg. Luak mengadakan latihan Keusahawanan buat ahli PI yang juga usahawan kecil di Miri. Mereka diperkenalkan dengan asas keusahawanan agar mereka lebih faham dengan definisi dan konsep usahawan dan keusahawanan itu sendiri.
Latihan ini dihadiri sebanyak 5 orang peserta tempatan Miri dan dilatih oleh staf PI sendiri. Latihan ini tidak mengira umur asalkan mempunyai minat yang mendalam untuk bidang keusahawanan. Tujuan latihan ini diadakan untuk mendedahkan konsep keusahawanan seterusnya membantu para ahli untuk focus dan lebih inovatif dalam menjalankan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: