Kelas Usahawan : Bengkel Bouquet Coklat

28 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos yang lalu, PEDi Kg Luak dengan kerjasama seorang usahawan PEDi menganjurkan kelas Usahawan iaitu Bengkel Bouquet Coklat bertempat di PEDi Kg Luak. Seramai 4 peserta menyertai bengkel tersebut dengan jayanya. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membantu usahawan PEDi menjana lebih banyak pendapatan melalui bengkel yang dijalankan. Selain itu juga, dapat melahirkan usahawan bouquet coklat baru di Kampung Luak dan komuniti setempat. Perniagaan ini sangat berpotensi kerana pada masa sekarang pelanggan gemar untuk menempah bouquet untuk memberikan kejutan ataupun menyambut sesuatu seperti Hari Guru, Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali