2022 Train The Trainer (TTT) : Autocrat (e-Sijil)

25 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 & 24 Julai lalu, Pengurus dan Penolong Pengurus telah menghadiri kursus Train The Trainer (TTT) : Autocrat (e-Sijil) secara atas talian yang dianjurkan untuk semua staf PEDi. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada staf PEDi mengenai salah satu extension menarik yang terdapat pada Google Docs iaitu Autocrat. Kebiasaannya Autocrat ini digunakan oleh para guru, tenaga pengajar atau pengelola majlis berkaitan untuk memudahkan mereka menghasilkan sijil dengan cepat walaupun ada beratus peserta dalam satu masa tanpa perlu menaip satu demi satu nama mereka. Kursus ini sangat menrik dan bermanfaat untuk PEDi kerana selain dapat menerapkan apa yang diajar, ia juga boleh dijadikan satu modul pembelajaran kepada komuniti kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali