Lawatan Ke PEDi Kg Luak sempena Mobile e-Waste/KITAR

9 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Gambar sekitar lawatan Mobile e-Waste/KITAR oleh HQ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang diketuai oleh Ts. Dr. Ahmad Nasruddin disertai En. Haji Mohamed Hakim Othman dan En. Aiman Hilmi. Turut dihadiri oleh MCMC bahagian Miri iaitu Puan Noamie Balai, wakil dari Maxis iaitu Puan Noorly Iza dan Pengurus – Pengurus PEDi Piasau, RPR Bandarbaru Permyjaya dan Lambir turut menghadiri untuk sesi perkongsian pada 8 Julai 2022 bertempat di PEDi Kg Luak. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendapat perkongsian dari PEDi – PEDi tentang aktiviti – aktiviti Mobile e-Waste yang dijalankan di PEDi sepanjang wujudnya kempen tersebut. Disamping itu juga, Ts. Dr. Ahmad Nasruddin juga turut memberikan penerangan dengan lebih terperinci mengenai kempen Mobile e-Waste dan perancangan yang bakal dijalankan di masa hadapan. Cabaran dan cadangan mempertingkatkan kesedaran mengenai Mobile e-Waste juga turut dibincangkan untuk membantu meningkatkan sambutan kempen kesedaran Mobile e-Waste.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali