Personal Kelas Bimbingan Resume - Canva

25 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2022 Pusat Ekonomi Digital Kg Luak telah mangadakan satu sesi personal kelas bimbingan membuat resume mengguanakan Canva. Dalam kelas ini, peserta diajar cara – cara membuat resume agak nampak menarik dan padat dengan data – data peserta agar majikan tertarik dengan resume tersebut. Peserta juga didedahkan mengenai kepentingan dalam menghasilkan resume yang baik dan berkualiti kerana ia dapat membuka peluang yang baik kepada calon untuk dipanggil temuduga. Selain itu juga, resume merupakan bentuk pemasaran diri yang dapat membantu menonjolkan kelebihan diri calon dengan lebih baik. Oleh itu, pentingnya menghasilkan resume yang berkualiti dan baik pasti akan memberikan kesan dan impak yang positif dalam mempengaruhi peratusan peluang calon yang ingin memohon pekerjaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali