Tutorial Membuat Google Forms

16 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan tutorial atas talian mengenai cara untuk membuat Google Forms. Tujuan tutorial ini diadakan adalah untuk membantu komuniti terutama golongan pekerja yang memerlukan penggunaan Google Forms ini. Selain itu juga, Staf PIK juga mendedahkan kegunaan Google Forms ini kepada komuniti melalui Facebook. Semoga dengan tutorial ini, komuniti atau golongan pekerja seperti Cikgu atau pelajar yang ingin membuat kajian selidik, kedatangan atau kuiz boleh cuba menonton tutorial ini untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali