Tutorial Google Drive

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan tutorial secara atas talian berkenaan dengan Google Drive. Sesi tutorial ini disokong bersama Pusat Internet Komuniti Kg Lambir. Banyak kebaikan Google Drive yang ramai tidak tahu, antaranya ialah Google Drive boleh menyimpan dokumen secara percuma dan selamat. Kapasiti Google Drive juga sangat besar dan boleh menyimpan dokumen sebanyak 15GB secara percuma. Pihak Pusat Internet Komuniti Kg Luak berharap sesi tutorial ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali