Mereka Logo Perniagaan Menggunakan Canva

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari yang lalu, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan kelas usahawan secara atas talian. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk membimbing usahawan mereka logo perniagaan mereka menggunakan canva untuk membantu meningkatkan lagi penjualan produk usahawan masing – masing. Para usahawan dibimbing menggunakan canva untuk mereka logo perniagaan mereka mengikut kreativiti dan kesesuai produk mereka. Pusat Internet berharap dengan adanya kelas tersebut, dapat membantu usahawan dalam meningkatkan lagi pendapatan dalam bisnes mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali