Bual Bicara Bersama Sukarelawan Pusat Pemberian Vaksin Miri

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan bual bicara secara atas talian bersama sukarelawan pusat pemberian vaksin Miri. Tujuan bual bicara ini diadakan adalah untuk menceritakan kepada masyarakat mengenai cabaran dan inspirasi seorang anak muda dalam membantu pekerja barisan hadapan untuk memberi vaksin di pusat pemberian vaksin sepanjang tempoh pandemik covid-19 ini. Selain itu, bual bicara ini sangat menarik kerana masyarakat dapat merasai semangat dan suasana yang sebenar apabila berada di pusat pemberian vaksin berdasarkan cerita yang disampaikan oleh sukarelawan tersebut. Oleh itu, bual bicara ini bukan sahaja dapat mengetahui cabaran dan pengalaman yang sebenar malahan juga dapat memberi inspirasi yang sangat bagus kepada anak muda di luar sana. Pihak Pusat Internet Komuniti Kg Luak berharap bual bicara ini memberi manfaat yang baik kepada masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali