Bual Santai Bersama Pendidik Tabika KEMAS & Perpaduan

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan bual bicara secara atas talian berkenaan cabaran PDPR sepanjang PKP dilanjutkan. Bual bicara ini disokong bersama warga pedidik Tabika KEMAS & Perpaduan serta ibu bapa anak didik mereka. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan pengetahuan kepada orang ramai betapa besarnya cara dan dugaan yang dialami oleh warga pendidik dalam mendidik anak-anak sepanjang PKP. Selain itu, ibu bapa yang mengikuti program ini juga memberi pendapatan yang menarik mengenai isu yang dikemukakan sepanjang program ini berlangung. Oleh itu, setiap pihak iaitu pendidik dan juga ibu bapa mempunyai cabaran dan dugaan yang tersendiri dalam mendidik anak-anak sepanjang PDPR dalam musim pandemik ini. Pihak Pusat Internet Komuniti Kg Luak berharap program bual bicara ini memberi impak yang baik kepada masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali