Bual Bicara Advokasi - Check Your Label & Mobile E-Waste

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan bual bicara secara atas talian berkenaan dengan advokasi Check Your Label & Mobile E-Waste. Bual bicara ini bergabung dengan Pusat Internet Komuniti Kg Lambir. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan didikan kepada komuniti label peranti seperti telefon, komputer dan sebagainya untuk memastikan peranti yang dibeli ialah asli dan terjamin selamat. Selain itu, Mobile E-Waste ini juga merupakan salah salu inisiatif daripada SKMM untuk membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar daripada bahan kimia tekonologi. Oleh itu, kempen Mobile E-Waste sangat memberi manfaat kepada alam sekitar apabila bahan-bahan sepeti telefon dan peranti lain seperti komputer dapat dikitar semula. Pusat Internet berharap agar komuniti lebih peka mengenai isu ini kerana ianya memberikan kesan impak yang sangat besar pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali