Program Advokasi KafeTEEN@PIK Siri 2

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah berkolaborasi bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk berkongsi kesedaran mengenai HIV/AIDS dan Penyakit Jangkitan Seksual. Program ini mensasarkan golongan remaja berumur antara 13 – 24 tahun untuk menyertai proram advokasi mengenai kesedaran dan ilmu jenis-jenis penyakit jangkitan seksual seperti Chlamydia, Sifilis, Herpes, HIV AIDS dan banyak lagi. Tanda-tanda awal penyakit ini dapat dirawat sekiranya berjumpa dengan pakar kesihatan dan dapat dicegah apabila melakukan perhubungan seks dengan cara yang selamat. Oleh itu, perhubungan seks bebas amatlah dilarang sama sekali dalam kalangan masyarakat agar dapat mengelakkan penyakit jangkitan seksual yang berbahaya. Belajar untuk katakan “TIDAK” kepada hubungan seksual luar pernikahan dan amalkan Abstinen. Seramai kurang lebih 20 orang menyertai program ini secara terbuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali