Basic HTML Coding

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan kelas Basic HTML Coding. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk peserta mempelajari bahasa komputer iaitu HTML. Peserta tidak perlu install apa - apa perisian kerana ianya memerlukan notepad sahaja. Setelah coding dicipta, untuk melihat hasilnya hanyalah perlu save sebagai .html. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan fizikal dan memakai penutup mulut dan hidung. Diharap semua peserta boleh mempelajari ilmu baru ini dan mengaplikasikan ilmu ini pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali