Seminar Bicara Komuniti Cybergrooming & Sexting Bersama Mahsiswa UMS

16 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah berkolaborasi bersama Kelab Pembangunan Belia dan Komuniti Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melaksanakan seminar bicara komuniti khususnya mahasiswa UMS dan masyarakat. Program ini mensasarkan golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan juga ibu bapa. Secara umumnya seminar ini memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat.

Tajuk seminar ini ialah “Bicara Komuniti Pesalah Seksual Abad Ke-21: Cinta atau Mangsa?”. Berdasarkan tajuk tersebut isu yang melanda negara kita pada masa kini ialah masalah seksual dalam kalangan remaja dan kanak-kanak yang berlaku bermula segalanya diatas talian. Selaras dengan kemajuan teknologi dan internet ramai mangsa seperti kanak-kanak, remaja mahupun dewasa telah terjerat dengan hubungan pemangsa atas talian. Isu-isu yang dikupas oleh penceramah ialah seperti Cyber Grooming dan Sexting.

Seminar ini telah memberi kesedaran kepada mahasiswa dan juga masyarakat mengenai faktor mangsa telibat dengan Cyber Grooming, kesan Cyber Grooming kepada mangsa dan tip-tip pencegahan untuk ibu bapa dan masyarakat bagi mengelakkan isu ini terjadi dalam kalangan kita. Seramai lebih 500 orang yang mengikuti seminar ini dan berharap agar seminar ini dapat membuka mata dan minda masyarakat mengenai isu yang sangat tenat di negara kita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali