Program Advokasi KafeTEEN@PIK Siri 3

20 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 November 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah berkolaborasi bersama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk berkongsi kesedaran mengenai Sudahkan Saya Bersedia? Pengguguran, Pembuangan Bayi, dan Rogol. Program ini mensasarkan golongan remaja berumur antara 13 – 24 tahun untuk menyertai proram advokasi ini untuk kesedaran dan ilmu mengenai seksualiti, pengguguran, pembungan bayi dan rogol. Dengan adanya program seperti ini, dapat membantu remaja dalam menilai dan kesedaran mengenai apa itu seksualiti. Ini kerana, tajuk skesualiti ini jarang dikupas dan diajar secara meluas dikalangan kita. Seramai 12 remaja & 4 Pusat Internet bahagian Miri telah menyertai program tersebut di Pusat Internet Komuniti Kg Luak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali