Taklimat Program Rakyatpreneur Bersama Bank Rakyat

12 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Kg Luak dan Pusat Internet Komuniti Sarawak yang lain telah mengikuti taklimat program Rakyatpreneur bersama Bank Rakyat. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi informasi kepada staf Pusat Internet Komuniti mengenai suntikan dana kepada komuniti usahawan dan ahli perniagaan terutamanya golongan asnaf. Antara syarat yang layak untuk mengikuti program ini ialah usahawan asnaf yang berwarganegara Malaysia, Islam, berumur 18 tahun keatas, berniaga sendiri minimum pendapatan (RM1000 – RM8000) 6 bulan, produk dan perkhidmatan patuh syariah, tiada rekod pembiayaan daripada institusi kewangan, dan tiada rekod jenayah. Kategori perniagaan yang layak untuk mengikuti program ini ialah makanan dan minuman, pertanian, kedai runcit, jahitan, kraftangan, kedai gunting rambut, percetakan, bengkel kenderaan, dan sebagainya. Program ini dapat meningkatkan lagi ekonomi komuniti melalui perniagaan terutamanya golongan asnaf. Oleh itu, pihak pengurusan Pusat Internet Komuniti mengalukan kepada sesiapa yang layak untuk mengikuti program tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali