Pameran KDB Dan Advokasi Sempena Majlis Tolawah Al-Quran

16 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 14-15 Januari yang lalu, Pusat Internet bahagian Miri telah mengadakan pameran Klik dengan Bijak & Advokasi sempena Majlis Tilawah Al-Quran bertempat di Dewan Suarah Miri. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran KDB, Advokasi, kuiz ICT dan sebagainya bagi memenuhi aktiviti sepanjang pameran tersebut.

Pemaran yang berlangsung selama 2 hari adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibubapa, remaja dan pelbagai peringkat tentang kesedaran dan peranan kita terhadap anak – anak dan orang disekeliling kita tentang cara penggunaan internet yang betul. Selain itu juga, pameran advokasi turut dipamerkan seperti Check You Label dan e-Waste untuk kesedaran pengunjung tentang keselamatan alat elektronik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali