Kelas PC Hardware, ICT Word Search & Tip Keselamatan Internet Untuk Kanak - Kanak

9 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Februari yang lalu, Pusat Internet Kg Luak dan PPR Permajaya telah mengadakan kelas kepada komuniti Kg Luak mengenai Pengenalan kepada PC Hardware, ICT Word Search dan Tip Keselamatan Internet untuk kanak – kanak. Peserta diterangkan mengenai tajuk – tajuk diatas beserta dengan video untuk tujuan memudahkan pemahaman peserta. Hasil daripada kelas ini, peserta dapat mengenal setiap komponen komputer dan fungsi. Selain itu juga, peserta turut didedahkan kepada tip keselamatan Internet untuk kanak – kanak bagi tujuan membantu dan membendung gejala yang tidak bermoral semasa melayari internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali