Bengkel Klik Dengan Bijak (Buli Siber & Sexting)

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020 yang lalu, pihak Pusat Internet Komuniti Kampung Luak telah mengadakan bengkel klik dengan bijak (buli siber & sexting) kepada peserta iaitu pelajar sekolah di Kampung Luak melalui atas talian aplikasi Google Meet. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti bengkel atas talian ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah memberi kesedaran kepada peserta mengenai kes dan situasi mengenai buli siber dan sexting yang kian hangat lebih-lebih lagi musim pandemik Covid-19 ini di media sosial dan alam maya. Selain itu, bengkel ini diadakan dapat memberi ilmu tambahan kepada mereka untuk mengenali jenis-jenis buli siber dan sexting serta bagaimana cara untuk mengatasinya. Bukan itu sahaja, bengkel yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kampung Luak ini dapat meningkatkan lagi kefahaman yang lebih mendalam terhadap perilaku diri sendiri dan lebih berhati-hati apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Peserta juga dapat menyebarkan informasi yang berguna daripada bengkel ini kepada rakan sebaya dan juga ahli keluarga yang terdekat. Oleh itu, bengkel ini sangat berguna kepada peserta untuk menggunakan ilmu dan kesedaran diri kepada masyarakat pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali