Program Sehari Bersama Bomba

13 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2019, Pusat Internet Kg Luak bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 6 Sarawak telah mengadakan program Sehari Bersama Bomba. Program ini dihadiri oleh 15 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai penyiasat bomba, ketua-ketua balai bomba dan penyelia-penyelia pasukan. Antara isi kandungan program adalah Klik Dengan Bijak (KDB), Ewaste dan Check Your Label (CYL). Pada sebelah petang pula telah diadakan sesi Be Internet Awesome dengan pelbagai aktiviti menarik. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pegawai-pegawai terlibat dan seterusnya menyampaikan dan memberi didikan kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali