Pertandingan Membuat Poster (Canva)

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas,5 Mei 2019, Pusat Internet Kg Luak berkolaborasi dengan Pusat Internet Lambir dan Permyjaya mengadakan pertandingan membuat poster menggunakan Canva bersempena dengan Hari Terbuka PI PPR Permyjaya. Seramai 10 orang peserta menyertai pertandingan ini.

Peserta-peserta diberikan kebebasan untuk memilih tema yang digemari untuk menghasilkan poster. Penilaian adalah berdasarkan kekreatifan, penggunaan warna yang sesuai dan kekuatan slogan yang digunakan. Peserta-peserta kelihatan teruja dan dan bersungguh-sungguh melaksanakan tugasan yang diberi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali