Kempen KDB

6 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada hari Ahad yang lepas,5 Mei 2019, Pusat Internet Kg Luak berkolaborasi dengan Pusat Internet Lambir dan Permyjaya menjalankan Kelas Klik dengan Bijak (KDB) bersempena dengan Hari Terbuka PI PPR Permyjaya. Antara pengisian kelas adalah penerangan tentang Buli Siber, Penipuan dalam Talian dan Oversharing.

Turut dikongsikan juga adalah penerangan berkaitan cara-cara menggunakan internet dengan berhemah serta kebaikan dan keburukan penggunaan internet. Akhir sesi, peserta-peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan dan sambutan yang diberikan menunjukkan minat mereka dalam topik yang dibincangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali