Kelas Asas Powerpoint

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2019, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan Kelas Asas Powerpoint. Kelas ini dihadiri oleh 11 orang pelajar dari komuniti Kg Luak. Para pelajar didedahkan dengan perkara asas menghasilkan Powerpoint yang baik. Sebagai pengukuhan, tugasan diberikan kepada setiap pelajar dan mereka diminta untuk membentangkan hasil kerja masing-masing. Kemahiran pembentangan menggunakan Powerpoint adalah penting sebagai pelengkap dan maklumat dapat disalurkan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali