KDB dan Advokasi bersama Jabatan Kesihatan

16 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 September yang lepas, seramai 5 sukarelawan telah menyertai Kursus sukarelawan KOSPEN anjuran Jabatan Kesihatan Miri di Pusat Internet Kg Luak. Antara aktiviti yang dilakukan adalah tayangan video KDB dan Advokasi kepada sukarelawan dan kakitangan Jabatan Kesihatan.

Selain itu juga, Pusat Internet Kg Luak juga mengambil kesempatan untuk mengedarkan risalah berkenaan kempen penukaran siaran TV analog ke digital myFreeview. Terdapat juga aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan percuma yang dikendalikan oleh sukarelawan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali