eKelas Live Tutorial Maxis

14 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 - 13 April yang lepas, seramai 11 pelajar sekolah telah menyertai live tutorial eKelas yang dianjurkan oleh Maxis secara percuma kepada pelajar sekolah darjah 6 hingga ke tingkatan 5. Antara subjek yang diajarkan ialah Bahasa English, Matematik dan Sains. Antara yang menariknya ialah, pelajar boleh bertanya soalan terus kepada cikgu yang sedang mengajar pada masa tersebut.

Selain itu, aktiviti berkumpulan juga diberikan untuk memberi keseronokkan kepada pelajar seperti latihan drama bahasa english dan eksperimen sains yang dapat membantu adik – adik berfikir secara logic untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. Pelajar – pelajar sangat teruja untuk menyiapkan semua latihan yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali