Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Untuk PI
06 November 2017 | Aktiviti TerkiniPada 3, 4 dan 5 November 2017 yang lalu, UiTM telah menganjurkan kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian Untuk PI yang bertempat di Kolej Komuniti, Miri. Antara PI yang terlibat ialah PI Zon Miri iaitu PI Kg. Luak, PI RPR Permyjaya, PI Kg. Lambir, PI Bekenu, PI Sibuti dan PI Niah Suai.
PI Bintulu pula terdiri daripada PI PPR Bandaria Park dan PI Sungai Asap. Kursus ini dihadiri oleh kedua-dua penyelia PI. Kursus ini diadakan bertujuan untuk membantu penyelia PI menghasilkan rancangan perniagaan untuk menubuhkan sesuatu perniagaan dan akan menggunakan sumber yang diberikan oleh pihak UiTM untuk membantu komuniti pula.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: