Pendaftaran Portal eKelas (Maxis)
10 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 Disember 2017 yang lalu, PI Kg. Luak telah terpilih sebagai PI yang akan mengadakan eKelas Portal. PI mengadakan hari tersebut untuk pendaftaran portal eKelas kepada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 pada tahun 2018. Seramai 18 peserta yang menghadirkan diri untuk pendaftaran tersebut.
Ibu bapa juga dijemput untuk mendengar taklimat mengenai portal eKelas yang dikendalikan oleh pihak Maxis. Portal eKelas ini merangkumi 3 subjek iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Portal ini juga merupakan tuisyen PERCUMA yang disediakan sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran anak-anak di sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: