Kuiz Kahoot KDB – Pelajar Sekolah

09 July 2017 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Kg Luak sekali lagi mengadakan kelas Kahoot Kuiz KDB pada sebelah petang atas permintaan pelajar pada minggu lepas. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pengenalan Kelas Kahoot, tayangan video KDB (siber Buli) dan pelajar menjawap kuiz kahoot KDB. Seramai 10 orang pelajar menyertai kelas tersebut dan berjaya menjawap kuiz dengan betul. Aktiviti seperti ini dapat menarik minat pelajar sekolah untuk berkunjung ke Pusat Internet selain dapat beramah mesra dengan Staf pengurusan Pusat Internet itu sendiri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali