Kelas Kahoot Kuiz Buli Siber

15 December 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember yang lepas, Pusat Internet telah mengadakan kelas kahoot kuiz Buli Siber. Seramai 10 peserta telah menyertai kelas tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video KDB Buli Siber, Kuiz dan seterusnya sesi pemahaman peserta masing – masing.

Dengan adanya aktiviti tersebut, peserta dapat memahami secara mudah tentang buli siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Pada akhir kelas, kesemua peserta dapat menjawap kuiz dengan purata markah yang memberangsangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali