Be Internet Awesome

21 Oktober 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah berkolaborasi dengan MSquad Maxis untuk mengadakan Program Be Internet Awesome bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kg Luak. Terdapat banyak tips berguna daripada Google didedahkan kepada peserta berkenaan dengan keselamatan akaun dalam talian (kata laluan), cara mengenalpasti penipuan, reputasi dalam talian dan cara menangani ‘cyberbully’.

Seramai 30 peserta dari penduduk setempat menyertai program latihan ini termasuk ibu bapa. Latihan secara santai dengan disertakan aktiviti menarik ini mendapat sambutan yang baik dari para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali