Booth pameran sempena Majlis Perasmian KUIM
25 September 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 – 24 September 2017 yang lalu, PI Zon Miri telah berkolaborasi bersama dengan KUIM Miri untuk mengadakan booth pameran sempena Majlis Perasmian KUIM Miri. Program ini telah dihadiri oleh 556 orang terdiri daripada ahli KUIM dan komuniti setempat.
Tujuan booth pameran PI diadakan adalah untuk mempromosikan PI bahagian Miri dan mendedahkan teknologi ICT terkini kepada ahli-ahli kelab Usahawan Ikhtiar Miri (KUIM) dan komuniti setempat.
Selain itu, booth pameran ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) kepada komuniti dan kesedaran teknologi kepada ibu bapa dan anak-anak mengenai teknologi ICT terkini. Antara aktiviti yang dijalankan di booth ialah mewarna digital sempena hari Malaysia, crossword puzzle dan word search KDB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: