Ramah–Tamah Aidilfitri 2015 Kg. Luak
2 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini
Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Julai 2015, PI Kg. Luak dengan kerjasama JKK Kg. Luak telah menganjurkan ramah-tamah Aidilfitri pada 1 Ogos 2015 bertempat di Dewan Serbaguna Tuan Haji Saban bin Garip. Majlis ramah tamah Aidilfitri bukan sahaja tempat menjamu selera dengan pelbagai hidangan, sebaliknya ia platform untuk kita lebih mengeratkan ikatan silaturahim antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, PI Kg. Luak juga mengadakan satu aktiviti baru buat penduduk Kg. Luak iaitu "Wefie Raya". Aktiviti ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu ayah dan anak perempuan, para sahabat, dan satu keluarga. "Wefie" adalah bergambar secara berkumpulan yang menjadi tren masa kini. Dengan adanya aktiviti seperti ini, secara tidak langsung ia dapat mewujudkan semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Disamping itu, dapat juga memberi kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan di bulan yang mulia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: