Latihan ICT (Microsoft PowerPoint II)
20 Mac 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 19 Mac yang lalu, PI Kg. Luak mengadakan latihan ICT buat ahli PI sepanjang cuti persekolahan. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Setelah PI Kg. Luak memberi pendedahan awal mengenai kegunaan Microsoft PowerPoint, kali ini mereka diuji untuk membuat pembentangan mengenai diri mereka menggunakan Microsoft PowerPoint.
Para pelajar juga menggunakan idea dan kreativiti sendiri untuk menyiapkan pembentangan mereka.
Selain itu, para pelajar juga mengikuti permainan 'Fast Typing' untuk menguji kepantasan pelajar menggunakan keyboard tanpa membuat banyak kesalahan ejaan. Tayangan video Klik Dengan Bijak turut disiarkan untuk meningkatkan tahap kesedaran penggunaan internet kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: