Latihan INTEL (Introduction to Computer & Software)
17 Januari 2016 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari yang lalu, buat pertama kali nya PI Kg. Luak mengadakan latihan INTEL kepada ahli-ahli PI. Latihan ini diutamakan kepada kategori dewasa yang berminat dalam bidang usahawan mahupun yang sudah bergelar usahawan kecil. Latihan ini dihadiri sebanyak 6 orang peserta.
Peserta diajar cara menggunakan komputer dengan betul dan mengenali ikon didalam komputer untuk memudahkan mereka kearah pelajaran yang seterusnya. Peserta sekurang-sekurangnya hendaklah menamatkan lima modul yang disenaraikan untuk membolehkan mereka mendapat sijil daripada INTEL.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: