Latihan Keusahawanan (Introducing Internet & E-mail)
22 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Februari yang lalu, PI Kg. Luak mengadakan lagi latihan keusahawanan buat ahli PI. Kali ini untuk memperkenalkan definisi internet dan Emel kepada para peserta. Peserta juga diterangkan dengan fungsi internet kepada kehidupan seharian. Selain itu, peserta diajar untuk membuat alamat emel sendiri untuk memudahkan urusan perniagaan mereka dan juga menyenangkan mereka menghantar kerja tutorial sekiranya ada diberikan oleh staf PI.
Selain itu, tayangan video Klik Dengan Bijak turut disiarkan untuk meningkatkan tahap kesedaran penggunaan internet kepada peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: