Hari Terbuka PI Kg. Luak I (2015)
8 Mac 2015 | Aktiviti Terkini
Buat julung kalinya, pada 7 Mac yang lalu, PI Kg. Luak telah mengadakan Hari Terbuka PI Kg. Luak. Hari Terbuka ini diadakan seawal jam 8 pagi sehingga jam 1 petang. Pengurus dan Penolong Pengurus PI Kg. Luak dibantu oleh ahli Jawatankuasa Kampung Luak telah berjaya menganjurkan Hari Terbuka ini yang diadakan di Dewan Serbaguna Tuan Haji Saban bin Garip (bersebelahan PI Kg. Luak). Antara aktiviti yang dijalankan semasa hari tersebut adalah zumba/poco-poco, cabutan bertuah, pendaftaran percuma ahli PI, pameran keusahawanan dari Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) cawangan Miri dan ICT Explorace. ICT Explorace merupakan aktiviti utama pada hari tersebut dimana staf PI cuba untuk mendedahkan kepentingan dan fungsi ICT melalui permainan yang disediakan. Hari Terbuka yang diadakan ini mendapat sambutan yang baik daripada ahli-ahli PI Kg. Luak mahupun penduduk Kg. Luak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: