KDB Explorace & Bengkel Powtoon bersama PERYATIM Miri
28 Februari 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 27 Februari yang lalu, PI Zon Miri iaitu PI Kg. Luak, PI Bekenu dan PI Niah Suai mengadakan KDB Explorace dan Bengkel Powtoon bersama PERYATIM Miri bertempat di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Permyjaya Miri. Aktiviti KDB Explorace disertai oleh 25 orang anak yatim manakala sebelah petangnya pula seramai 41 anak yatim menyertai Bengkel Powtoon.
Pada sebelah pagi, aktiviti KDB Explorace dijalankan. Antara aktiviti yang terlibat ialah 'KL Tower', 'Lompat si katak lompat', 'Flying coin', 'Shoes in the basket', 'Bomb squad' dan 'Whisper Challenge'. Manakala aktiviti bonus pula adalah Dodge ball dimana mereka harus mempertahankan King atau Queen (wakil PI) dalam kumpulan.
Pada sebelah petang pula, bengkel powtoon diadakan bertempat didalam dewan. Para peserta diajar asas untuk membina sebuah video yang kreatif menggunakan laman web Powtoon. Selain itu, staf PI juga mengadakan taklimat pendek dan tayangan video KDB untuk para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: