Kelas Keusahawanan (E-mel dan Facebook page)
25 September 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 24 September yang lalu, PI Kg. Luak mengadakan kelas keusahawanan buat ahli PI. Mereka terdiri daripada usahawan kecil. Kali ini, PI Kg. Luak mendedahkan cara untuk mencipta e-mel dan facebook page untuk membantu mempromosikan produk perniagaan mereka.
Para peserta juga didedahkan dengan advokasi Check Your Label. Ia adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: