Tutorial Resume Menggunakan Microsoft Word

19 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April yang lalu, Pusat Internet Komuniiti Kg Luak telah mengadakan kelas ICT secara atas talian cara membuat Resume menggunakan Microsoft Word. Seperti yang kita tahu, terdapat pelbagai cara kita boleh gunakan untuk membuat resume seperti penggunaan Canva yang memudahkan kita. Oleh itu, PIK Kg Luak telah mengambil inisiatif untuk mengajar komuniti khususnya kepada lepasan sekolah yang ingin mencari peluang pekerjaan pada masa kini melalui kelas secara atas talian yang bersiaran langsung di Facebook PIK Kg Luak.

Pemilihan untuk menggunakan Microsoft Word adalah kerana ianya mudah didapati dalam komputer, tidak memerlukan online sepanjang masa ketika membuat resume dan bercirikan mudah difahami dan mempunyai templates resume yang terkini. Kami pihak Pusat Internet Komuniti Kg Luak berharap tutorial ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan nanti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali