Taklimat Klik dengan bijak (Oversharing) & Advokasi (Check your label)

21 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Februari 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Kg Luak telah mengadakan taklimat secara atas talian berkenaan dengan klik dengan bijak iaitu “oversharing” dan advokasi iaitu “check your label” anda. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran dan didikan kepada komuniti mengenai “oversharing” dan “check your label”. Pusat Internet berharap agar komuniti lebih peka mengenai isu “oversharing” ini kerana ia memberikan kesan impak yang sangat membesar pada masa kini. Selain itu juga, topik yang menarik iaitu “check your label” turut dikongsikan untuk mendidik orang ramai menyemak label MCMC pada peralatan elektronik sebelum membeli.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali