Kelas Asas Microsoft Word & Mereka Pantun

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Januari 2021 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas asas Microsoft Word dan mereka pantun kepada 2 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan fizikal dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran dalam penggunaan Microsoft Word dan pemantapan subjek Bahasa Melayu dalam mereka pantun. Selain itu, kelas seperti ini dapat membantu peserta mengetahui fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word dan memudahkan mereka untuk melakukan tugasan sekolah atau pembelajaran masa yang akan datang. Pendedahan kelas seperti ini mampu melahirkan komuniti yang berdaya saing dan berpengetahuan dalam kemahiran asas Microsof Word. Tambahan pula, peserta didedahkan dengan teknik mereka pantun salah satu topik menarik untuk dipelajari. Konklusinya, semua peserta dapat memahami kelas yang diadakan dan dapat menghasilkan pantun dengan baik dan penggunaan Microsoft Word yang memuaskan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali