Pengenalan Asas Shopee

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2021 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan bengkel pengenalan asas Shopee secara atas talian di Facebook page Pusat Internet Komuniti Kg Luak. Bengkel ini sangat membantu kepada sesiapa yang ingin bermula berniaga secara atas talian dengan mudah dan menarik. Topik yang disampaikan kepada peserta antaranya ialah, pengenalan Shopee, langkah-langkah untuk membuka kedai Shopee, Seller Centre Shopee, pengurusan kedai profil, cara menamakan produk dan pengurusan pesanan pelanggan dan banyak lagi. Selain itu, bengkel kali ini sangat menarik kerana staf Pusat Internet Kg luak telah menunjukkan tutorial secara langsung setiap langkah agar peserta yang menonton faham dan jelas ilmu yang hendak disampaikan. Terdapat tutorial yang menarik dilakukan seperti cara mendaftar akaun Shopee, cara mengedit gambar muka hadapan kedai penjual Shopee, cara memasukkan produk baru untuk dijual, menguruskan pesanan pembeli dan penghantaran produk serta banyak lagi. Secara konklusinya, bengkel pengenalan asas Shopee ini dapat memberi manfaat yang banyak kepada peserta terutamanya kepada yang ingin berniaga secara atas talian lebih-lebih lagi pada musim pandemik Covid-19 ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali