Taklimat KDB Di SMK Taman Tunku (Pelajar Tingkatan 4)

10 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Januari 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah dijemput untuk memberi taklimat kepada pelajar tingkatan 4 sempena program orientasi mereka. Taklimat KDB ini juga dijayakan bersama Pusat Internet Kg Lambir dan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Antara topik yang dikongsikan sepanjang taklimat KDB kepada peserta ialah buli siber, sexting, cybergrooming, overshare, keselamatan dalam komputer dan maklumat palsu.

Sepanjang taklimat dijalankan, wakil setiap Pusat Internet telah mengadakan sesi soal jawab pada setiap topik yang telah diterangkan agar peserta lebih memahami mesej yang disampaikan. Tayangan video KDB juga turut ditayangkan bagi memudahkan pelajar memahami apa yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali