Pengenalan Kepada Klik Dengan Bijak

25 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Januari 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas Pengenalan kepada Klik Dengan Bijak. Para peserta diperkenalkan kepada buli siber dan sexting yang berlaku pada masa kini secara atas talian. Dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu peserta memahami dan sekaligus membantu peserta menangani isu – isu berkenaan buli siber dan sexting di media sosial. Seramai 4 peserta telah menyertai kelas tersebut dan pada pengakhir sesi kelas, peserta diminta untuk menonton video KDB dan menjawap beberapa kuiz dari staf Pusat Internet untuk tujuan memantapkan pemahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali