Tutorial Menulis Surat Rasmi Menggunakan Microsoft Word

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020 yang lalu, pihak Pusat Internet Komuniti Kampung Luak telah mengadakan tutorial menulis surat rasmi menggunakan Microsoft Word kepada peserta pelajar sekolah di Kampung Luak melalui atas talian aplikasi Google Meet. Seramai 4 orang peserta telah mengikuti kelas atas talian ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah sebagai ulangkaji kepada para pelajar yang sedang bersekolah dari rumah sempena musim pandemik Covid-19 ini. Selain itu, kelas ini diadakan dapat memberi ilmu tambahan kepada mereka mengenai fungsi-fungsi surat rasmi yang lain disamping hanya belajar untuk kegunaan peperiksaan sekolah semata-mata. Bukan itu sahaja, kelas yang diadakan oleh Pusat Internet Komuniti Kampung Luak ini dapat meningkatkan lagi kemahiran pelajar untuk menaip menggunakan komputer melalui Microsoft Word. Peserta juga dapat mengenali fungsi-fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word. Oleh itu, kelas ini sangat berguna kepada peserta untuk menggunakan ilmu dan kemahiran pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali