Train the Trainer (TTT): Basic Shopee Seller Course via Zoom

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 10 & 11 November 2020 yang lalu, pengurus dan penolong pengurus PIK Kg Luak telah menghadiri kursus Train the Trainer (TTT) Basic Shopee Course via Zoom. Kursus ini telah dijalankan atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kursus ini secara asasnya telah memberi sedikit sebanyak ilmu dan teknik kepada staf PIK bagaimana menggunakan aplikasi Shopee untuk berniaga dan berjual. Perkara penting yang dipelajari melalui kursus ini antaranya ialah persediaan kedai di Shopee, Seller Centre, cara memuat naik produk, menamakan produk, kategori kedai, langkah menerima dan penghantaran pesanan, pusat pemasaran, promosi diskaun, baucar, mengurus kewangan dari jualan dan banyak lagi. Secara keseluruhannya, kursus ini sangat memberi manfaat kepada staf PIK untuk menambah lagi ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam keusahawanan. Selain itu, manfaat daripada kursus ini boleh diperluaskan lagi untuk komuniti setempat terutamanya usahawan penduduk setempat di Pusat Internet Komuniti melalui kursus keusahawanan yang dianjurkan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali