Ujian Penilaian eKelas 2019 Maxis

29 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Seramai 50 orang pelajar Pusat Internet Kg Luak telah menduduki ujian penilaian kertas Bahasa English, Matematik dan Sains (Darjah 6 – Tingkatan 5) di Pusat Internet Kg Luak dengan jayanya. Tujuan diadakan ujian tersebut adalah untuk menilai kepahaman pelajar tentang subjek yang diajar sekaligus dapat menambah mutu dan kualiti pembelajaran pada masa hadapan.

Ujian tersebut telah berlangsung pada 15 Mac 2019 sehingga 28 Mac 2019. Selain itu, terdapat juga hadiah menarik yang disediakan Maxis bagi pelajar yang beroleh keputusan yang memberangsangkan pada ujian kali ini. Diharap, adik – adik lulus dan bertambah cemerlang dimasa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali