Bimbingan Penulisan Resume dan Cover Letter

7 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 April yang lepas, pengurus Pusat Internet telah memberi bimbingan kepada seorang ahli Pusat Internet Kg Luak dalam penulisan resume dan membuat cover letter permohonan kerja. Sesi bermula dari 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Dengan menggunakan Canva, penghasilan resume menjadi lebih mudah dan kemas. Ahli PI tersebut juga ditunjukkan cara-cara untuk menghantar permohonan kerja secara formal menggunakan email. Aktiviti seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa untuk kebaikan komuniti setempat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali